Sunday, December 20, 2009

PRODUK HJ BISMI

BISMI NONI JUICE
HEMPEDU BUMI
MINYAK URUT "BAKA" KAMBING GURUN

Friday, November 13, 2009

Jus Mengkudu Bismi
Monday, October 5, 2009
JUS MENGKUDU BISMI






BISMI NONI JUICE

DIOLAH SECARA TRADISIONAL

Semua telahpun mengetahui mengkudu atau noni telah diberi bermacam-macam nama di seluruh dunia dan telahpun diketahui khasiatnya dapat mengubat bermacam penyakit. Masyarakat Barat telah mengenali mengkudu sebagai noni dan menggunakannya untuk mengubati berbagai penyakit di sana.

Sebenarnya masyarakat Melayu sejak dahulu lagi telah mengetahui khasiat buah mengkudu, memakan pucuk dan putiknya sebagai ulam, namun banyak lagi rahsia khasiatnya yang tersimpan di dalam mengkudu. Kini kami memproses mengkudu atau noni hingga menjadi jus supaya dapat dinikmati dengan lebih mudah bagi mendapatkan khasiat sepenuhnya. Kami memilih buah mengkudu yang telah matang berwarna putih kekuningan, diproses dengan begitu rapi bagi mendapatkan jus noni yang bersari lagi pekat. Kami berjaya menghilangkan bau jusnya yang kurang enak dengan cara kami dengan menggunakan gula batu serta pati oren bagi menggantikan bahan pengawet, bertujuan jus bertahan lebih lama.

BISMI NONI JUICE yang dihasilkan secara domestik bagi memelihara keasliannya, telah terbukti berjaya mengurangkan penyakit GOUT yang KRONIK, darah tinggi, kolestrol, sembelit dan buah pinggang. Khasiat BISMI NONI JUICE yang istimewa insyaAllah dapat menyembuhkan penyakit terutamanya GOUT selepas 1 minggu diamalkan. Ramai pengguna yang mengakui dan datang semula untuk meneruskan pengambilan BISMI NONI JUICE apabila penyakit yang mereka deritai sekian lama menampakkan tanda-tanda sembuh selepas 1 minggu diamalkan memakannya. Walaupun selalu didengar bahawa penyakit GOUT tiada ubatnya, namun BISMI NONI JUICE telah membuktikan bahawa benarlah Allah menjadikan setiap penyakit ada ubatnya.

PERCAYALAH! Keajaiban khasiat buah mengkudu yang diolah secara tradisional menjadi BISMI NONI JUICE dan dengan izin ALLAH s.w.t. telah berjaya mengurangkan penderitaan penghidap penyakit-penyakit berkenaan, hanya dengan cara berterusan memakannya.

BEGITULAH MUDAHNYA, BILA ALLAH TELAH MENEMUKAN PENYAKIT DENGAN UBATNYA, IAITU BISMI NONI JUICE.



Harga dalam pasaran:

Semenanjung : RM30.00
Sabah/Sarawak/Brunei : RM32.00
(Tempoh penghantaran adalah dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh bayaran diterima)

Pembayaran boleh dibuat melalui cara berikut:

1. Kredit ke akaun.

Bank Islam - No Akaun : 12029020266809
Nama : Basmi Bin Mat Jelas
(SMS no slip transaksi ke no 013-3255489, selepas pembayaran dibuat)

2. Tunai semasa penghantaran - untuk Lembah Kelang Sahaja dengan kuantiti minima 6 botol.


Jus Mengkudu Bismi
No. 27, Jalan 6A/2
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan.

No tel : 03-89251550
H/p : 013-3255489
MAKLUMAT PEMBEKAL






Nama: Haji Basmi bin Mat Jelas.
Umur: 62 tahun


Pengalaman: Telah berkecimpung dalam arena perubatan tradisional dari tahun 1995 di mana saya menghidap sejenis penyakit ketumbuhan di saraf tunjang tulang belakang yang perlu dikeluarkan.
Setelah menjalani satu pembedahan, seluruh badan saya hampir lumpuh dan tidak boleh berjalan, daya ingatan kerap terganggu dan mengalami pelupa yang amat teruk. Akibatnya kesempitan hidup sangat terasa dan keadaan kewangan jadi meruncing. Dengan izin Allah ibu mertua saya mengesyor agar saya memakan buah mengkudu atau noni sebagai ubat. Mengkudu, dalam bentuk asalnya amat sukar untuk dimakan kerana baunya yang kuat, ianya sungguh menjemukan. Namun saya kuatkan semangat dan menganggap noni ini adalah ubat. Dalam beberapa bulan badan saya beransur sehat dan bertambah kuat, juga ingatan saya adalah lebih baik dari sebelum saya mendapat sakit. Bermula dengan ini saya cuba mengolah mengkudu tersebut dari masa ke masa dengan berbagai cara dan pengubahsuaian, sehingga boleh membuat noni seperti yang ada sekarang - tanpa bau, bersari dan enak dimakan.
Alhamdulillah, dengan rahmatNYA saya diberi ingatan yang kuat, dan dengan izinNYA saya dapat menghafal banyak surah-surah penting di dalam al Quran, sedangkan sebelum ini saya hampir-hampir menjadi nyanyok. Sehingga kini saya masih terus menghafal dan mendalami Al-Quran dan saya percaya, berkat meminum jus noni ini setiap hari, saya dapat meningkatkan keupayaan mencari ilmu ini. Dengan sungguh rendah diri saya menulis ini dengan ikhlas, jauh dari membangga diri dan bermegah, hanya sekadar berkongsi pengalaman. Oleh itu percayalah bahawa sesiapa yang mengamalkan meminum jus noni tidak akan mendapat penyakit-penyakit yang dinyatakan di atas.

Yakinlah, bagi setiap penyakit itu ada ubatnya. Penyakit yang telah kita terima adalah sebagai dugaan bagi insan yang hidup. Maha suci Allah yang maha penyembuh, maha mengetahui dan maha pemurah. Amin.

Friday, January 2, 2009

PIL HEMPEDU BUMI






KHASIAT HEMPEDU BUMI





Nama Saintifik :


Andrographis Paniculata(Bum. f.) wall.ex Nees


Nama Lain : Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia)


Famili : Acanthaceae
Lokasi Dijumpai : Malaysia, Thailand, India, Indonesia



Pengenalan






POKOK HEMPEDU BUMI YANG MATANG


Kegunaan Dan Khasiat


Daun Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi, disamping merawat kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.



Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat.



Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agak sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.



Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu.



Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan. Tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu.



Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam.




Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. Cukup untuk minum sekali sehari.



BERITA BAIK!


PIL HEMPEDU BUMI KELUARAN "BISMI" TELAH BERADA DI PASARAN DENGAN HARGA RM 30.00 DENGAN ISI KANDUNGAN SEBANYAK 40 BIJI PIL SEBOTOL.



PRODUK BARU!!


MINYAK URUT "BAKA" KAMBING GURUN